Pada cuti
sekolah yang lalu, saya dan keluarga bercuti di Hatyai, Thailand. Kami bercuti
di Thailand selama 3 hari dan 2 malam. Sepanjang kami berada di Thailand, kami
hanya menaiki bas untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Semua
aktivit yang kami akan lakukkan sepanjang percutian kami di Thailand telah
ditetapkan oleh pihak agensi pelancongan, Caravan Serai. Pekhidmatan yang
mereka berikan kepada kami sangat bagus dan baik. Kami menetap di Hotel Clover.
Pada malam
12 december 2019, saya dan keluarga berkumpul di Sentral Kuala Lumpur untuk
menunggu ketibaan bas kami. Setelah beberapa minit menunggu, bas kami pun telah
tiba. Tanpa melengahkan masa, kami terus menyimpan beg kami dan menruskan
perjalana ke Thailand. Sebelum bas bergerak, kami membaca doa menaiki kenderaan
supaya Allah memudahkan urusan dan perjalanan kami ke Thailand.
HARI PERTAMA
Setelah 9
jam perjalanan yang memenatkan, akhirnya kami telah sampai di Perlis. Kami berhenti
di Masjid Salahuddin Al Ayyubi bagi menunaikan solat fardu subuh dan membersihkan
diri. Pihak agensi memberikan kami sarapan pagi nasi lemak sebelum kami
bergerak ke imigresen.
Apabila kami tiba di imigresen, kami terus beratur. Selesai semua urusan imigresen Malaysia dan Thailand, kami menuju ke tempat petama iaitu ladang lebah. Kami diberikan taklimat tentang khasiat madu lebah dan produk-produk yang dihasilkan daripada lebah.
Selepas itu, kami menuju ke sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Terdapat sebuah gerai air yang kecil di sebelah kedai cenderamata itu. Kami berehat sambil minum air kopi yang sungguh lazat sementara menunggu ahli keluarga yang lain membeli.
Selesai membeli, kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah tempat yang paling terkenal iaitu Pasar Terapung. Saya sangat teruja apabila sampai di sana kerana terdapat banyak makanan yang dijual di sana. Saya dan keluarga makan petang di situ. Kami juga membeli sedikit makanan untuk dibawa balik ke hotel. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar kerana pemandangan di sana sungguh cantik. Setelah selesai makan petang, kami bergerak menuju ke hotel untuk mandi dan berehat.
Selepas kami selesai menunaikan solat fardu maghrib, kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke pasar malam. Pasar malam ini merupakan tarikan utama pelancong di Hatyai iaitu Asean Night Market. Terdapat perlbagai jenis barang yang dijual di situ.
Setelah
seharian kami berjalan, kami pulang ke hotel untuk berehat dan tidur. walaupun kami sangat penat berjalan tetapi kami tetap gembira kerana setiap tempat yang kami pergi mempunyai pemandangan yang sangat menarik.
HARI KEDUA
Seawal jam 8.00 pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk meneruskan aktiviti kami pada hari ini. Kami bersarapan dahulu sebelum ke tempat yang pertama. Selesai sahaja makan, kami terus bergerak ke Chang Puak Camp. Tarikan yang ada di sana ialah menaiki gajah, melawat harimau putih dan menaiki atv. Saya dan keluarga memberi gajah makan dan menaiki atv. Saya sangat gembira kerana itu merupakan kali pertama saya menaiki atv.Selepas itu, kami menuju ke Masjid Songkhla. Untuk pengetahuan anda semua, Masjid Songkhla ini mempunyai landskap yang sama seperti Taj Mahal. Masid songkhla ini sangat besar dan selesa. Terdapat pelbagai kelengkapan yang ada di masjid Songkhla itu.
Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Songkhla. Pantai Songkhla mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu patung duyung yang berada di sebelah pantai. Angin bertiup sangat kencang di sana. Terdapat gerai yang menjual bermacam benda di pantai itu. Kami singgah di beberapa buah gerai.Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke kedai makan untuk makan tengahari. Menu kami pada hari itu sangat istimewa. Kami makan pelbagai jenis makanan sehingga kenyang. Makanan yang disediakan memang sedap.
Setelah kami sekeluarga selesai makan, kami pulang ke hotel untuk berehat. Seperti semalam, selepas kami selesai menunaikan solat fardu maghrib, kami terus bersiap-siap untuk pergi ke Greenway dan Le Garden. Greenway dan Le Garden ini seperti pasar malam yang menjual pakaian dan banyak lagi. Le Garden ini juga menjadi tarikan tempat mengurut. Suasana di sana sungguh sesak.Selepas itu, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Kami juga mengemas beg kami kerana esok merupakan hari terakhir kami sekeluarga bercuti di Hatyai, Thailand.
HARI TERAKHIR
Pada pukul
9.00 pagi, kami semua telah bersedia untuk pulang. Kami menyimpan beg kami dan
meneruskan perjalanan ke imigresen. Sebelum itu, kami bersarapan dahulu di
sebuah restoran. Selesai makan, kami pun bergerak ke imigresen. Urusan kami di
imigresen berjalan dengan sangat lancer. Kami tidak perlu mengambil masa yang
terlalu lama untuk selesai. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan
pulang ke rumah.
Sepanjang
percutian kami di Hatyai, Thailand, saya telah mempelajari satu perkara iaitu
setiap tempat yang kami pergi, pekerja di sana sentiasa menyabut kedatangan
kami dengan ucapan selamat. Walaupun perkara itu kecil, tetapi ia membuatkan
pelancong yang datang rasa gembira dan dihargai. Oleh hal yang demikian, kita
sebagai pelancong boleh mempraktikan perkara seperti itu di negara sendiri
supaya dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Sebagai ibu
bapa, anda mestilah melatih anak-anak anda perkara yang baik dan disukai
masyarakat demi kebaikan semua. Dengan berbuat demikian, mereka akan sentiasa
dihormati oleh masyarakat dan orang lain selesa untuk berkawan dengan mereka.


















